jom ikut saya..saya ikut awak balik..=)

EXCHANGE LINK.tolong tinggalkan jejak anda disini untuk sy jejak anda kembali.TQ.=)

tolong click nuff nina

Thursday, May 20, 2010

Bung Moktar DIHUKUM PENJARA




Siapa tak kenal dengan DATUK BUNG MOKTAR,suami kepada pelakon terkenal Zizie Izette.Bung moktar merupakan ahli parlimen Kinabatangan pernah mencetuskan kontrovesi apabila Zizie Izette membuat pengakuan sudah berkahwin dengannya.Kini ,isu perkahwinan mereka di pertikai kan apabila bung moktar berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Petikan dari surat kabar UTUSAN:

Bung Moktar dikatakan menjadi ahli Parlimen pertama di negara ini yang dihukum penjara atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.Isteri keduanya, pelakon Zizie Izette yang duduk di sebelah Bung Moktar, kelihatan terkejut dan terus memandang ke arah suaminya sebaik mendengar keputusan itu.Zizie atau nama penuhnya, Zizie Izette A. Samad pula didenda RM1,000 atau penjara sebulan bagi kesalahan yang sama.Bung Moktar atau nama sebenarnya, Moktar Radin, 51, juga didenda RM1,000 atau penjara sebulan kerana bersubahat dengan Zizie untuk berpoligami tanpa kebenaran.

''Tertuduh merupakan seorang ahli Parlimen yang terlibat dalam meluluskan sesuatu undang-undang. Beliau seharusnya menghormati dan mendukung undang-undang tersebut tidak kira undang-undang sivil atau syariah."

''Tertuduh wanita pula seorang pelakon wanita Muslim yang menjadi idola dan ikutan."

Ahli Parlimen yang pernah digelar Bigfoot itu bagaimanapun berjaya dalam permohonannya untuk menggantung pelaksanaan hukuman penjara itu sementara menunggu rayuan.

Pada prosiding hari ini, hakim syarie tersebut turut mendenda RM1,000 atau penjara enam bulan ke atas enam individu kerana bersubahat dengan Bung Moktar yang berpoligami tanpa kebenaran.Mereka ialah abang pemegang watak utama drama Aduhai Esah, Datuk Ahmad Shahazmi, 42, dan Samzy Fuzette, 34; adik mereka, Shaheizy Sam, 28; serta dua rakan Bung Moktar iaitu Sahari Ahmad, 54, dan Titing Putang, 56.

Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman, Wan Mahyuddin menyatakan, pernikahan yang tidak mengikut prosedur yang sepatutnya boleh dianggap sebagai pernikahan sindiket.

''Perkahwinan merupakan satu perjanjian yang agung sebab ia memastikan keturunan atau nasab yang soleh dan solehah.Dan oleh sebab itu, adalah perlu pasangan menzahirkan dan memasyhurkan perkahwinan masing-masing mengikut kemampuan tanpa dirahsiakan,'' katanya.

Hakim syarie itu juga menyatakan pernikahan tersebut mungkin sah kerana ia memenuhi rukun nikah tetapi ia juga perlu dilihat dari sudut undang-undang syariah Islam.


link untuk berita ini:
Utusan Malaysia Online - Mahkamah


No comments:

Post a Comment