jom ikut saya..saya ikut awak balik..=)

EXCHANGE LINK.tolong tinggalkan jejak anda disini untuk sy jejak anda kembali.TQ.=)

tolong click nuff nina

Sunday, June 13, 2010

FISHBALL ada babi??

" ini fishball bukan dim-sum.haha"

Nina rasa cerita ni wajar di kongsi bersama supaya kita lebih berhati-hati.Apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita.

KEPADA PENGGEMAR FISHBALL atau nama melayunya "bebola ikan".Korang kena hati-hati untuk mengelak termakan benda haram.Nina ada baca berita,sebuah kilang dekat Kepala Batas yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.

"Tindakan pengusaha kilang ini dengan menyimpan perut dan daging babi bersama bahan mentah lain termasuk ikan di dalam satu peti penyejuk memang nyata salah."

"Alasan mereka daging berkenaan adalah untuk kegunaan para pekerja juga tidak masuk akal kerana kuantiti bahan yang disimpan itu terlalu banyak dan hasil siasatan mendapati memang mere
ka mencampurkan daging babi itu untuk membuat bebola ikan,"

Produk dari kilang berkenaan dipercayai dipasarkan secara meluas khususnya di Seberang Perai hingga meliputi Kulim dan beberapa kawasan lain.Kilang ini juga pernah diserbu setahun lalu dan diarah tutup selama dua minggu atas kesalahan terlal
u kotor.Namun, serbuan kali kedua membuktikan tidak banyak perubahan berlaku.Sekarang kilang tu dalam siasatan.

Nina memang pantang dengan bab halal haram makanan.Kecewa juga dengan industri makanan dekat malaysia semakin menjadi-jadi.Macam-macam,kes sembelih,kes letak bahan tak sepatutnya.Senang-senang bela ayam sembelih sendiri lepas tu masak sendiri.haha.Pengusaha makanan mostly tak fikir halal haram sebab kalau boleh dorang nak dapatkan keuntungan dan makanan itu sedap tapi tak fikir side effect kepada pengguna.

Contoh PAU AHMAD.Kalau dengar mesti korang ingat" oh,ni mesti melayu buat".Tapi sebenarnya kilang tu cina yang punya.Lagi satu,sekarang ramai orang perihatin pasal makanan.Ramai yang elak ambil MSG(MONOSODIUM GLUTAMATE).Selalu kita nampak dekat macam kiub pati ayam knorr.No msg kan?Sebenarnya ada.
Korang jangan tertipu.memang tak ada msg tapi,dia tukar nama lain dan letak adik-beradik msg jugak.


Memandangkan nina ada pengalaman tentang industri makanan.Nina nak pesan kat semua kalau nak beli makanan pastikan makanan halal(ada logo halal),langkah selamat beli makanan yang dibuat oleh kilang melayu atau kilang yang sudah establish macam ayamas ke.Biar mahal sikit.Ini berdasarkan pengalaman nina bekerja dekat kilang makanan.Boss nina cakap mostly kilang dekat malaysia ramai yang tidak apply sijil halal sebab dorang malas.(nak apply halal ini leceh sikit.web site kat jakim pon banyak problem kalau nak update sijil halal).Dorang akan apply kalau nak pasarkan product dorang dekat luar negara.

Lagi satu kalau nak pilih makanan tengok logo HACCP dan GMP(Kilang besar-besar je ada logo HACCP sebab sijil dia mahal dan payah nak dapat).Kalau ada logo ini ,inshaallah kilang itu bersih.=).Inshaallah,next entry nina cerita pasal "cerita disebalik industri makanan di US".Mungkin lagi dahsyat sebab banyak technology yang mengubah dah mengubah keaslian makanan tu contohnya nak hasilkan ayam yang gemok,buah yang manis.Itu yang buat ramai orang senang dapat penyakit.



4 comments:

GombakMali said...

ewwww~~ :(

chybee said...

thanks for sharing! xpernah tau pon ade kes cmni. kadang2 pikir blk nk beli makanan kt sini lg selamat sbnrnye dr kt malaysia sbb mmg kene tgk tiap2 makanan yg dibeli kan. huhu

nama saya NINA said...

welcome.=).kalau ikotkan banyak berlaku cuma ramai orang tak tahu....lagi2 kalau makan kat hotel.Dorang kalo da blend pork dorang bukan samak, trus blend daging ke ayam ke sayur sebab nak cepat even hotel tu ada sijil halal.So,becarefull..=)

papabear said...

isk isk isk baru tau Pau Ahmad cina buat. patutla tak da lagi jual kat stesen minyak PETRONAS...

Post a Comment